Trend kes gangguan seksual membimbangkan, Sabah rekod 31 kes sehingga Mei

SEMPORNA – Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan trend peningkatan kes gangguan seksual yang membimbangkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebanyak 477 kes gangguan seksual direkodkan pada 2022 sebelum meningkat kepada 522 kes pada 2023.

“Jumlah itu terus melonjak kepada 788 kes pada 2024 dan meningkat lagi kepada 1,083 kes pada tahun lalu.

“Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 388 kes gangguan seksual telah dilaporkan di seluruh negara, termasuk 31 kes membabitkan Sabah.

“Isu keganasan terhadap wanita terutamanya gangguan seksual merupakan suatu perkara yang perlu ditangani dengan lebih serius,” katanya semasa berucap pada Program Toleransi Sifar Keganasan di Semporna.

Menurut Nancy, kerajaan telah memperkukuh usaha menangani isu gangguan seksual antaranya dengan menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840].

Katanya, penguatkuasaan menyeluruh adalah merangkumi penubuhan Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) yang merupakan satu platform alternatif yang mudah, murah dan cepat untuk mangsa menuntut hak mereka.

“Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 129 aduan telah difailkan dan 88 daripadanya berjaya diselesaikan.

“Ini membuktikan tribunal mampu menjadi saluran berwibawa yang membawa keadilan kepada mangsa, ” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) turut menggerakkan Kempen Eliminate Violence Against Women (EVAW) bagi memastikan agenda menghentikan keganasan terhadap wanita dapat dilaksanakan secara menyeluruh selaras dengan aspirasi masyarakat antarabangsa.

Tambahnya, statistik kes keganasan rumah tangga juga menunjukkan trend membimbangkan apabila sebanyak 7,116 kes direkodkan pada 2024, meningkat kepada 7,391 kes pada tahun lalu, manakala 4,014 kes dilaporkan sehingga Jun tahun ini.

Related Posts

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

KUCHING – Indonesia terus memperhebat operasi pemadaman darat dan udara serta memperketat penguatkuasaan undang-undang bagi menangani krisis kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) yang sedang melanda negara tersebut.   Konsulat Jenderal Republik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

MIRI – Pameran Mini Hari Malaysia Bahagian Miri 2026 disifatkan sebagai platform penting dalam memperkukuh penghayatan masyarakat terhadap sejarah pembentukan negara serta pemahaman mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh