Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, pemansuhan undang-undang lapuk terbabit adalah demi memastikan Malaysia terus bergerak ke arah sebuah negara yang lebih maju.

“Akta Hasutan merupakan antara akta yang sudah tidak lagi wajar ada dalam negara kita. Saya menyeru kerajaan supaya sekali lagi, akta-akta seperti ini dimansuhkan.

“Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) sudah dimansuhkan. Akta Hasutan belum lagi (dimansuhkan). Tolong cepat sedikit,” katanya pada sidang media di lobi Mahkamah Kuala Lumpur, pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Majistret membebaskannya daripada pertuduhan menimbulkan kegentaran awam dengan membuat kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memutuskan selepas menilai keterangan saksi serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa pendakwaan gagal membuktikan unsur-unsur pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Hilman berkata sejak awal didakwa, beliau konsisten menafikan melakukan kesalahan dan bertekad untuk melawan pertuduhan berkenaan melalui proses undang-undang.

“Sejak awal saya didakwa, saya telah memberitahu saya tidak mengaku melakukan kesalahan dan saya akan melawan kerana kita tahu bahawa apa yang kita lakukan adalah perkara yang betul.

“Oleh itu, hari ini saya berasa amat gembira. Ini juga merupakan satu pemangkin kepada kita semua sebagai pejuang dan anak muda untuk membawa Malaysia dan negara kita ke arah yang lebih baik,” katanya.

Pada 20 Ogos, Hilman, 37, didakwa membuat kenyataan menerusi akaun TikTok, alfah.channel.tv yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 2.09 petang, 30 Julai lalu.

Hilman diwakili peguam Rafique Rashid Ali dan Nur Mustanir Abd Nor manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham.

Related Posts

ADUN Gombak Setia bebas tuduhan kenyataan timbulkan kegusaran awam

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam di TikTok. Majistret Nurul Izzah Hasan Basri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

Bekas pengasuh taska didakwa aniaya budak berusia 2 tahun

Bekas pengasuh taska didakwa aniaya budak berusia 2 tahun

Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

Kerajaan Sabah disaran pertimbang penyediaan air minuman bersih percuma di sekolah

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Kerajaan Sabah disaran pertimbang penyediaan air minuman bersih percuma di sekolah

Abdul Azeez direman dua hari bantu siasatan kes tipu hibah

Abdul Azeez direman dua hari bantu siasatan kes tipu hibah

Kerajaan Selangor jawab dakwaan Pas, tampil rekod bantuan kepada rakyat

Kerajaan Selangor jawab dakwaan Pas, tampil rekod bantuan kepada rakyat