Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

TUARAN – Penggunaan ubat tidak sah boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan termasuk kerosakan buah pinggang, kegagalan fungsi hati malah boleh membawa maut.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masyarakat hari ini sering terpedaya dengan tawaran ubat-ubatan tidak sah dalam usaha mencari jalan pintas untuk kekal sihat atau cantik.

“Perkembangan platform digital dan media sosial menyebabkan produk kosmetik, suplemen serta ubat-ubatan tidak berdaftar semakin mudah dipasarkan kepada pengguna.

“Lebih membimbangkan, masih ada masyarakat kita yang terpengaruh dengan promosi sebegitu, terutama apabila ditawarkan pada harga yang murah serta disertai janji kesembuhan yang cepat dan mudah,” katanya semasa berucap pada Program Kembara.

Beliau berkata demikian semasa program Tolak Ubat Tidak Sah (TOBATS) Peringkat Zon Borneo di Dewan Seri Sulaman Tuaran, di sini, pada Sabtu.

Menurut Hajiji, keadaan itu membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk memasarkan produk dengan pelbagai tawaran dan dakwaan yang mengelirukan atau tidak berasas.

“Cabaran itu turut menjadi lebih kompleks bagi Sabah berikutan kawasan geografinya yang luas serta sempadan antarabangsa yang panjang, sekali gus mendedahkan negeri itu kepada risiko penularan dan kemasukan ubat tidak sah.

“Kempen Tolak Ubat Tidak Sah Zon Borneo (TOBATS) 2026 tepat pada masanya sebagai wadah memperkukuh pengetahuan, kesedaran dan keupayaan masyarakat membuat pilihan yang tepat serta selamat,” kongsinya.

Sementara itu, beliau turut menyeru rakyat memastikan setiap ubat yang dibeli berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mendapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor sebelum menggunakan produk kesihatan baharu.

Related Posts

Perpaduan kukuh asas negara aman, tarik pelabur – Hisyamuddin

KULIM – Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum perlu terus dipelihara dan dipupuk bagi memastikan keamanan serta kestabilan negara kekal terjamin. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Malaysia (JKom), Mohd Hisyamuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

TUARAN – Punca sebenar seorang wanita berusia 24 tahun di Batu Pahat, Johor, yang dilaporkan terlantar selepas mengambil Mounjaro masih belum dapat dipastikan dan kini menunggu dapatan lanjut pihak kesihatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan kukuh asas negara aman, tarik pelabur – Hisyamuddin

Perpaduan kukuh asas negara aman, tarik pelabur – Hisyamuddin

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya