Hubungan Malaysia-Bangladesh perlu terus mekar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama di antara Malaysia dan Republik Rakyat Bangladesh mesti terus mekar demi rakyat.

Anwar berkata demikian susulan lawatan rasmi ke republik itu semalam.

Menurutnya, lawatan itu adalah solidariti bersama rakyat Bangladesh yang sekian lama inginkan perubahan, selain berusaha mencari ruang dan peluang dalam mempererat hubungan dalam pelbagai bidang.

“Tidak sekadar strategik, malah Malaysia dengan sedaya upaya ingin Bangladesh turut bangkit bersama sebagai satu ketumbukan bagi memungkinkan perubahan yang bermakna.

“Kerjasama Malaysia bersama negara sahabat Bangladesh mesti terus mekar demi rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan ke atas Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Mohammed Shahabuddin di Istana Presiden, Bangabhaban.

Dalam pertemuan itu, Anwar berkata, antara isu yang disentuh adalah berkaitan usaha meningkatkan kerjasama di bidang ekonomi dan pelaburan termasuk pelbagai lapangan lain yang menjadi kepentingan bersama.

Pada masa sama, Anwar turut mengadakan pertemuan bersama Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh, Dr Muhammad Yunus juga tokoh hadiah Nobel pada tahun 2006.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎