Bermotosikal lebih 100km untuk daftar di UniMAP

ARAU – Seorang pelajar baharu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nekad menunggang motosikal seorang diri dari Sungai Petani, Kedah untuk mendaftar di universiti tersebut demi meringankan beban keluarganya.

Muhammad Firdaus Mohd Sobri, 23, yang mendaftar dalam program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Pembinaan, merentas lebih 100 kilometer dengan membawa barangan peribadinya kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya.

“Saya suka menunggang motosikal dan sanggup datang sendiri ke UniMAP walaupun perjalanan jauh. Ibu bapa saya mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, jadi saya ambil keputusan untuk berdikari,” katanya.

Menurutnya, dia memulakan perjalanan seawal 6.30 pagi hanya dengan berpandukan aplikasi Waze sebelum tiba di Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, di mana ketibaannya disambut oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Tambahnya, pengalaman bekerja di Intel selama dua tahun dan sering berulang-alik ke Pulau Pinang menjadikan perjalanan jauh itu tidak asing baginya.

“Saya berhenti kerja dan menerima tawaran UniMAP kerana ingin meningkatkan taraf pendidikan saya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar baharu, B. Vignesshwaran, 23, yang mengalami masalah pendengaran turut mendaftar hari ini bersama ibunya.

Muhammad Firdaus dan Vignesshwaran adalah antara 2059 pelajar yang mendaftar untuk pengajian Sarjana Muda di UniMAP.

Related Posts

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

KUCHING – DAP Sarawak menyambut baik usaha berterusan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan pengembalian hak dan penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Pahang mengumumkan pembayaran dividen modal syer tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 1967, iaitu pada kadar 60 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH