Johor tubuh jawatankuasa pulihkan akidah pengikut GISBH

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemurnian Pengikut-Pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi mesyuaratnya yang ke-275.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu berperanan merangka gerak kerja pemulihan akidah mereka yang terbabit dengan GISBH di negeri ini.

Selain itu, Onn Hafiz berkata, penubuhan jawatankuasa ini juga bertujuan menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISBH.

“MAINJ akan terus menggunakan kekuatan enakmen sedia ada dan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku agensi agama di peringkat persekutuan bagi meneliti, mengkaji dan termasuk membuat sebarang ketetapan yang berkaitan dengan status GISBH.

“Bagi memelihara kemuliaan dan kesucian Islam serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat, Johor melalui MAINJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), memulakan dan akan terus mengambil tindakan termasuk meneruskan siasatan ke atas aktiviti dan pergerakan GISBH di Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 20 September lalu, Johor dilaporkan hanya akan memutuskan fatwa mengenai kepercayaan atau ajaran yang diamalkan ahli GISBH di negeri ini, selepas kajian mengenainya dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid dilaporkan berkata, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz