JKOM bawa ‘isu perut rakyat’ Sabah ke perhatian Kerajaan

KOTA KINABALU – Isu kos sara hidup dan kesejahteraan isi rumah akan terus menjadi keutamaan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dengan suara rakyat di peringkat akar umbi dibawa terus kepada perhatian Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pengarah JKOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, pendekatan itu dilaksanakan menerusi pelbagai sesi libat urus termasuk Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dengan rakyat.

“Pendekatan ini membolehkan JKOM memperoleh maklumat secara langsung mengenai isu yang dihadapi masyarakat sebelum dikemukakan kepada kementerian dan agensi berkaitan.

“Isu membabitkan kesukaran rakyat meneruskan kehidupan, mendapatkan makanan, menyara keluarga serta memperoleh akses pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang baik perlu diutamakan.

“Kerajaan perlu sentiasa peka dan bertindak segera demi rakyat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Sesi Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah JKOM, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Hisyamuddin berkata, program julung kali dianjur itu akan diperluaskan ke seluruh negara.

“Kaedah libat urus seperti ini membolehkan kita mendapatkan data primer secara terus daripada rakyat untuk dibawa kepada pihak kerajaan sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap isu kritikal yang berlaku.

“Dalam sesi tadi, tiga isu utama dikenal pasti menerusi perbincangan bersama pengamal media tempatan, iaitu kenaikan harga barangan dan tambang penerbangan, masalah kemudahan asas serta infrastruktur, selain pelaksanaan dan pemantauan sistem penyaluran diesel di Sabah,” kongsinya.

Tambahnya, masalah bekalan air dan kerosakan jalan raya turut diberi perhatian kerana menjejaskan rutin harian serta kesejahteraan penduduk.

“Saya akan menyediakan laporan bertulis secara terperinci untuk segera diserahkan kepada Kementerian Komunikasi atau kementerian berkaitan.

“Cadangan daripada rakan media supaya perkara ini diselesaikan dengan pantas amat saya sambut baik kerana rakan media ini umpama keluarga saya sendiri,” jelasnya.

Hadir sama ialah, Timbalan Ketua Pengarah JKOM (Komunikasi Komuniti), Suwadi Guliling dan Pengarah JKOM Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu @ Abdul Wahad serta 40 pengamal media dan warga JKOM.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA