Lelaki warga emas maut, kereta terbabas langgar pokok di Jalan Kidurong

BINTULU – Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku di Jalan Kidurong, Bintulu pagi tadi.

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8:55 pagi mengenai insiden tersebut.

Menurut laporan, sebuah kereta Perodua Kancil terlibat dalam kemalangan apabila ia terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Komander operasi, PBK II Harisson Dawi tiba di tempat kejadian bersama-sama enam anggota pada 9:02 pagi.

“Mereka segera memulakan operasi menyelamat menggunakan peralatan khusus untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Mangsa, seorang lelaki berusia 67 tahun bernama Dai Swee Fah @ Tai Swee Fah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

‘Kemalangan ini menjadi peringatan akan kepentingan memandu dengan cermat terutama kawasan yang berisiko tinggi,” katanya lagi.

JBPM Sarawak sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang pantas dan mesra kepada masyarakat.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan