Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

KUANTAN – Pemberian milikan atau pajakan baharu melibatkan kawasan mempunyai kepentingan masyarakat Orang Asli wajar dihentikan sementara sehingga status serta sempadan kawasan itu benar-benar jelas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Chan Chun Kuang berkata, langkah berkenaan perlu dilaksanakan sementara proses pewartaan dan penyelesaian status tanah Orang Asli sedang berjalan.

Menurutnya, jika terdapat kelulusan yang ternyata memberi kesan serius terhadap kehidupan dan hak komuniti, kerajaan perlu bersedia mengkaji semula, membatalkan atau merundingkan semula pemberian tersebut dengan komuniti Orang Asli yang terkesan, mengikut undang-undang dan proses sewajarnya.

“Ini termasuk keadaan yang menyebabkan pencemaran sumber air, kemusnahan kawasan hutan atau menjejaskan sumber pendapatan komuniti yang selama ini bergantung kepada hasil hutan dan alam sekitar untuk kelangsungan hidup.

“Pendekatan ini penting supaya penyelesaian isu tanah Orang Asli bukan sekadar melihat kepada status tanah di atas kertas, tetapi turut mengambil kira realiti kehidupan, keperluan dan hak komuniti yang telah mendiami serta bergantung kepada kawasan tersebut sejak sekian lama,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya proses pengukuran, persempadanan dan pewartaan kawasan Orang Asli di negeri itu dipercepatkan bagi memastikan kawasan yang diperuntukkan kepada mereka berkenaan benar-benar terpelihara.

Ia turut berkaitan status Kampung Orang Asli (KOA) di Pahang di mana Paduka Baginda dimaklumkan terdapat sebanyak 264 KOA di seluruh negeri ini.

Mengulas lanjut, Chun Kuang menjunjung kasih titah tersebut tersebut yang jelas menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli tidak seharusnya dibiarkan menunggu tanpa kepastian berhubung status tanah yang menjadi tempat tinggal, kawasan pertanian dan sumber kehidupan mereka.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Negeri Pahang bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli perlu melihat isu berkenaan secara menyeluruh, bukan sahaja membabitkan permohonan yang masih dalam proses, tetapi turut meneliti status kelulusan tanah yang telah diberikan sebelum ini.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih