Pahang berjaya noktah miskin tegar

KUANTAN – Pahang menoktahkan miskin tegar apabila kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan dalam ‘lock figure’ pada 15 Januari lalu berjaya dikeluarkan daripada status tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, negeri Pahang juga berjaya memangkas kemiskinan sebanyak 30 peratus, apabila 4,263 daripada 14,210 KIR berstatus miskin pada 5 Jun lalu telah berjaya dikeluarkan dari kelompok terbabit.

Katanya, kategori miskin tegar merujuk kepada isi rumah berpendapatan perkapita di bawah RM372 sebulan di bandar dan RM345 di luar bandar.

“Kategori miskin pula merujuk kepada pendapatan perkapita kurang daripada RM790 sebulan di bandar dan RM714 di luar bandar.

“Penentuan status ini berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Kementerian Ekonomi,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy berkata, semua pihak perlu memahami bahawa data dalam Sistem eKasih bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan sosioekonomi isi rumah.

Katanya, perubahan pendapatan, kehilangan pekerjaan, pertambahan atau pengurangan ahli isi rumah termasuk anak-anak KIR yang berpindah keluar kerana berkahwin atau mendapatkan pekerjaan boleh mempengaruhi status sesebuah keluarga.

“Justeru, pencapaian ini tidak bermakna usaha membasmi kemiskinan telah selesai sebaliknya ia menuntut tindakan, pemantauan dan intervensi berterusan.

“Antara faktor utama menyumbang kepada kejayaan ini adalah penyampaian pelbagai bentuk bantuan, inisiatif serta intervensi bersasar oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan di samping perubahan pendapatan dan saiz isi rumah,” tambahnya.

Kerajaan negeri, kata Wan Rosdy, akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, agensi bantuan, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat bagi memastikan setiap keluarga yang masih berada dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam senarai eKasih terus dibantu.

“Kita bukan sekadar mahu mengeluarkan rakyat daripada status kemiskinan, tetapi lebih penting memastikan mereka mampu berdikari, mempunyai sumber pendapatan lebih kukuh dan menikmati kehidupan lebih sejahtera.

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus memperkukuh pendekatan memangkas kemiskinan ini demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai seluruh rakyat Pahang,” katanya.

Related Posts

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan