Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, platform tersebut membolehkan kerajaan mengasingkan antara data umum yang boleh dikongsi dengan data strategik yang wajib dilindungi.

Langkah itu, tegas beliau, amat penting memandangkan kerajaan memiliki data sulit berkaitan keselamatan dan hak negeri yang sama sekali tidak boleh didedahkan.

“Kita sedang memusatkan data kita di dalam satu platform. Untuk menentukan data mana yang boleh dikongsi dan data mana yang wajar disimpan atau dikawal rapi, di situlah Sovereign AI ini memainkan peranannya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran platform tersebut pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abang Johari menjelaskan perkongsian data daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dapat dipermudahkan menerusi inisiatif itu.

Sebagai contoh, orang awam boleh memanfaatkannya untuk mendapatkan panduan memulakan perniagaan beserta borang berkaitan, manakala agensi atau kementerian pula dapat memantau perjalanan sesuatu projek secara tepat.

Sehubungan itu, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan platform pintar tersebut bagi kegunaan pelbagai agensi dan masyarakat.

“Komunikasi antara satu sama lain akan terjalin di sini. Dalam erti kata lain, kita mesti mempunyai ekosistem data yang tegap dan sistem yang bersesuaian untuk menguruskan projek demi kebaikan bersama,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; dan Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

  • Related Posts

    Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

    MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

    SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

    RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

    Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

    Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

    Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

    Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

    28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

    • By Fandi
    • August 19, 2026
    28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

    Pahang berjaya noktah miskin tegar

    Pahang berjaya noktah miskin tegar

    Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

    Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan