Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yakin GISBH teruskan ajaran al-Arqam

JAWATANKUASA Fatwa Negeri Selangor berpuas hati dan yakin pemimpin, ahli GISB Holdings (GISBH) serta rangkaiannya masih mengamalkan Aurad Muhammadiah.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diadakan hari ini memaklumkan, mereka berpuas hati dengan segala bukti dan fakta yang dikemukakan mengenai amalan yang diamalkan GISBH itu.

Kenyataan di Facebook Selangor Royal Office berkata, fahaman dan amalan GISBH mempuyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah daripada aspek akidah dan syariat.

“Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana fahaman, ajaran, pegangan atau amalan baharu yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen ini disifatkan menyeleweng dan bertentangan ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah.

“Butiran lanjut mengenai fatwa terkini ini akan dihuraikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor,” menurut kenyataan tersebut.

Untuk rekod, zikir Aurat Muhamadiah itu dibawa al-Arqam, yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam menurut Warta No. 54 pada 4 Februari 1993.

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan kepada fatwa terkini berkenaan fahaman GISBH dan rangkaiannya.

Keputusan hasil mesyuarat khas pada 30 September lalu disembah maklum oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir di Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam, hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan beberapa amalan dan kepercayaan ahli GISBH yang kini disiasat, bercanggah dengan fatwa yang dikuatkuasakan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ahli kumpulan itu turut mempercayai beberapa perkara yang dikaitkan dengan pimpinan memberi keberkatan dan membolehkan mereka masuk syurga.

Siasatan JAIS juga mendapati perkahwinan dan perceraian dalam kalangan ahli diatur pemimpin kumpulan itu, selain tidak dapat dibuktikan dengan keterangan dokumen sah.

Kedua-dua proses itu tidak mendapat kebenaran pendaftar perkahwinan, cerai dan rujuk bagi anak dara dan teruna dan poligami dibuat tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran