Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses ke kawasan pertanian dan menaik taraf kemudahan asas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Sinang Simon Bada berkata, inisiatif tersebut melibatkan dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan satu projek di bawah Agensi Pembangunan Penyelarasan Greater Kuching (GKCDA).

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu secara jelas mencerminkan usaha berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pembangunan prasarana luar bandar sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

“Pelaksanaan projek seumpama ini amat penting bagi memastikan setiap keperluan asas rakyat, terutamanya kemudahan jalan ladang dan sistem saliran dapat disediakan dengan lebih sempurna,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan tapak projek tersebut pada Isnin.

Mengulas mengenai perincian inisiatif tersebut, Dr Sinang menjelaskan projek RTP pertama melibatkan kerja menaik taraf jalan pertanian di Kampung Reteh Karas bernilai RM150,000.

Skop projek itu merangkumi pembinaan jalan berturap batu baur sepanjang 580 meter serta tiga unit paip bersaluran HDPE.

“Satu lagi projek RTP ialah pembinaan sistem perparitan di Zon Kasidi, Kampung Pichin dengan kos RM150,000 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Serian bagi menangani masalah aliran air di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, bagi projek utama di bawah peruntukan GKCDA yang turut dikendalikan oleh DID Bahagian Serian, ia melibatkan kerja menaik taraf jalan pertanian di Kampung Temong Mura dengan suntikan dana sebanyak RM3 juta.

Skop berskala besar bagi projek di Kampung Temong Mura itu merangkumi kerja menaik taraf jalan pertanian sepanjang 5.3 kilometer dengan turapan batu baur, pembinaan 16 unit paip bersaluran HDPE 3-W, pembinaan empat unit jambatan rasuk bersaiz 16 meter panjang dan empat meter lebar serta penyediaan tiga unit jambatan tambahan berukuran 12 meter panjang.

Kesemua inisiatif pembangunan infrastruktur berkenaan dijangka mampu meningkatkan kelancaran kelangsungan pengangkutan hasil pertanian penduduk serta menyediakan sistem saliran yang jauh lebih sistematik dan berkesan.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak