Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

AYER KEROH – Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan dakyah pihak lawan yang cuba menggambarkan kerajaan serta parti itu sebagai gagal melaksanakan agenda reformasi.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, anggota parti perlu memahami realiti politik semasa, khususnya kedudukan kerajaan yang dibentuk melalui gabungan pelbagai parti.

Beliau berkata, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, termasuk kelompok yang cuba menggambarkan pihak tertentu sebagai musuh politik sehingga menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Jangan kita tersilap sehingga segala-galanya dimomokkan seolah-olah mereka ini adalah musuh,” katanya.

Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini,

Nurul Izzah berkata, anggota parti perlu berpegang kepada fakta dan tidak hanya menerima sesuatu dakwaan tanpa menilai kebenarannya.

Katanya, perjuangan reformasi juga tidak boleh dipisahkan daripada usaha membina kerajaan yang stabil dan mampu berdepan cabaran semasa.

Beliau turut mengingatkan anggota PKR supaya tidak menjadikan perbezaan kedudukan dalam kerajaan sebagai alasan untuk mengetepikan agenda bersama.

“Kita berada dalam satu kerajaan dan kita perlu menggunakan kemahiran serta peranan yang ada untuk membina kerajaan,” katanya.

Menurutnya, kekuatan parti bukan hanya bergantung kepada kedudukan atau jawatan yang dimiliki, sebaliknya kemampuan anggotanya untuk bekerja secara bersama bagi menjayakan agenda reformasi dan kepentingan rakyat.

Related Posts

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara