Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos lalu. 

Kerjasama strategik tersebut memfokuskan penggunaan teknologi cip buatan Sarawak, termasuk teknologi cip Gallium Nitride (GaN). 

Ia bakal diguna pakai dalam platform meter pintar dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) keluaran Linyang Energy bagi kegunaan antarabangsa.  

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung sempena Misi Pelaburan Sarawak ke Shanghai yang diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.  

Menurut Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, pemeteraian itu membuktikan penyatuan antara wawasan semikonduktor Sarawak dengan perkembangannya sebagai hab tenaga bersih utama di rantau ini.  

“Kerjasama ini memperkukuh hubungan antara dua sektor strategik, selaras dengan pendekatan Sarawak untuk membangunkan industri bernilai tinggi berdasarkan kekuatan teknologi dan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.  

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMD, Shariman Jamil berkata, perjanjian tersebut membuka jalan kepada teknologi yang dibangunkan di Sarawak untuk direka bentuk menjadi produk komersial berskala besar di seluruh dunia.  

Pengerusi Linyang Energy, Lu Yonghua pula menegaskan komitmen pihaknya untuk menyokong sasaran tenaga baharu Sarawak. 

Beliau berhasrat untuk memajukan negeri itu sebagai hab perindustrian teras berkembar di Asia Tenggara yang dipacu oleh tenaga hijau dan semikonduktor.  

Selain industri semikonduktor, misi pelaburan tersebut turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian bagi sektor pembinaan pintar, pembangunan mineral, dan perkhidmatan minyak serta gas.  

Bagi menarik lebih banyak pelaburan asing, kerajaan Sarawak menawarkan kadar utiliti yang kompetitif serta pemberian rebat 30 peratus bagi tanah perindustrian untuk projek yang layak.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff