Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang semakin meningkat.

Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Bajau Semporna, Datuk Abd Hajan Gurimbang berkata, cadangan itu bagi memastikan guru-guru dapat terus menjalankan tugas dengan lebih berkesan tanpa dibebani kos perjalanan yang tinggi.

“Kebanyakan guru yang mengajar di Pulau Bum-Bum terpaksa berulang-alik dari pekan Semporna dengan menggunakan bot sebelum meneruskan perjalanan darat ke sekolah masing-masing.

“Keadaan itu menyebabkan guru-guru berdepan kos pengangkutan yang lebih tinggi berbanding guru di kawasan lain, terutama dalam situasi harga bahan api dan kos sewaan bot yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Graduasi Aspirasi Gemilang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bum-Bum, di Semporna.


Menurut Abd Hajan, perhatian khusus perlu diberikan memandangkan guru di Pulau Bum-Bum memainkan peranan besar dalam memastikan pelajar di kawasan luar bandar terus mencapai kecemerlangan akademik.

“Walaupun Pulau Bum-Bum berada di kawasan luar bandar, guru-guru di sini menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan pelajar mencapai kejayaan.

“Pencapaian pelajar hari ini membuktikan kesungguhan guru-guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi masa depan anak-anak pulau,” jelasnya.

Difahamkan, terdapat dua sekolah menengah dan sembilan sekolah rendah dengan jumlah kira-kira 450 guru berkhidmat di Pulau Bum-Bum.

Related Posts

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK