BNM beri lima amaran kepada TH, bimbang kesan agihan untung tinggi

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan lima amaran sejak tahun 2014 kepada Pengerusi Tabung Haji (TH) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli berkata, amaran tersebut diberikan ekoran kebimbangan terhadap kesan amalan membayar agihan keuntungan tinggi yang menyebabkan rizab sedia rendah menjadi negatif.

Menurutnya, walaupun BNM bukan pengawal selia TH, bank pusat itu sudah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan amalan pembayaran agihan keuntungan tinggi terhadap rizab TH yang ketika itu berada pada paras rendah.

“Ibarat seperti wang simpanan kecemasan semakin susut tetapi perbelanjaan masih diteruskan pada kadar yang tinggi. Akhirnya simpanan menjadi negatif dan TH akan berdepan dengan masalah yang tidak kecil sekiranya berlaku pengeluaran wang oleh para pendeposit secara besar-besaran.

“BNM telah beri amaran bukan satu kali, bukan dua kali, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak terus melanggar undang-undang,” katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zulkifli menjelaskan, kedudukan TH ketika itu berpotensi menimbulkan risiko sistemik kepada kestabilan kewangan negara, namun amaran tersebut tidak diendahkan oleh kepimpinan TH pada ketika itu.

Malah menurutnya, peringatan BNM disusuli dengan teguran Ketua Audit Negara dalam Laporan Penyata Kewangan tahun 2017 menerusi penegasan perkara tentang perubahan polisi rosot nilai yang dilakukan sebanyak dua kali dalam tahun sama, iaitu keuntungan lebih tinggi untuk 2017.

“Lanjutan teguran pihak berautoriti, lembaga baharu TH tahun 2018 setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, telah melantik firma audit di kalangan ‘Big 4’ iaitu PwC untuk menilai semula kedudukan dan prestasi kewangan mengikut piawaian perakaunan sah serta benar.

“Sekiranya aset tidak melebihi liabiliti pada akhir tahun, TH tidak boleh mengisytiharkan agihan keuntungan bagi tahun 2018 dan berisiko menghadapi pengeluaran wang panik secara besar-besaran.

“Pada ketika itu, usaha mendapatkan pembiayaan siap sedia sebagai persediaan jika berlaku pengeluaran panik besar-besaran telah gagal dan sekiranya TH runtuh, kerajaan berisiko menanggung liabiliti sekitar RM74.5 bilion kerana keseluruhan simpanan di TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas pertukaran kerajaan pada 2018, lembaga pengarah baharu TH melantik PwC untuk menilai semula kedudukan serta prestasi kewangan institusi itu berdasarkan piawaian perakaunan yang terpakai.

“Semakan itu mendapati TH berada dalam keadaan kewangan kritikal dan mendorong kerajaan melaksanakan pelan penstrukturan semula,” katanya.

Tambah Zulkifli, krisis tersebut menunjukkan kesan kegagalan mengambil tindakan terhadap amaran mengenai kesihatan kewangan TH.

“Amaran daripada BNM bukan tanpa asas. Jika tidak ditangani, ia berisiko membawa kesan serius terhadap kestabilan kewangan negara RCI turut mengesyorkan pembaharuan terhadap tadbir urus, pelaporan kewangan dan pengurusan pelaburan TH, dengan lebih 75 peratus daripada syor berkaitan sudah dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit