Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam.

Pengarah Maritim Zon Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot berkenaan dikesan ketika pihaknya menjalankan rondaan rutin menerusi Op Aman dan Op Tiris 4.0.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti membawa penumpang menggunakan bot tanpa surat kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Pemeriksaan turut mendapati bot berkenaan menggunakan jeti yang tidak diwartakan bagi membawa penumpang ke Pulau Langkawi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong dan seorang awak-awak warga tempatan.

Bot tersebut membawa lapan penumpang terdiri daripada seorang warga tempatan, lima warga China dan dua warga Sudan.

Kesemua individu bersama bot fiber yang dianggarkan bernilai hampir RM130,000 dibawa ke Jeti Operasi Maritim Zon Kuala Perlis untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Nak Rong berkata, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti membawa penumpang tanpa kebenaran.

Katanya, kegiatan berkenaan bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh mengancam keselamatan penumpang serta pengguna laut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 474(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) berkaitan pengendalian atau penggunaan bot atau kapal tanpa lesen yang sah.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA