Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi


KUDAT – Gua Monsud di Pulau Banggi dekat sini berpotensi dikembangkan sebagai tarikan eko-pelancongan baharu susulan penerokaan 16 peserta menerusi Program Jelajah Merdeka ke kawasan itu, baru-baru ini.

Wakil penganjur, Azry Hussin, berkata, Gua Monsud dipilih sebagai lokasi jelajah berikutan cabaran perjalanan yang mengambil masa antara enam hingga lapan jam dengan berjalan kaki, selain perlu merentasi kawasan berbukit, hutan belantara dan sungai.

“Perjalanan ke Gua Monsud bukan mudah, namun cabaran itu memberikan pengalaman berharga kepada peserta, khususnya anak muda untuk mengenali keunikan alam sekitar di Pulau Banggi.

“Gua Monsud mempunyai keunikan tersendiri menerusi formasi batuan gua, kepelbagaian flora dan fauna serta dihuni ribuan kelawar, sekali gus mempunyai potensi untuk aktiviti eko-pelancongan, perkhemahan dan jelajah lasak, ” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Selasa.


Menurut Azry, program dua hari bermula 8 Ogos sempena Bulan Kemerdekaan itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah memberi peluang kepada golongan muda mengenali keunikan alam sekitar di Pulau Banggi.

“Aspek keselamatan serta adat dan kepercayaan masyarakat setempat turut diberi perhatian sepanjang penerokaan dengan peserta terlebih dahulu diberikan taklimat oleh pemandu sebelum memasuki kawasan gua.

“Peserta turut diingatkan supaya mematuhi pantang larang seperti tidak meludah, menjaga percakapan dan mendapatkan izin daripada pemandu sebelum memasuki gua.

“Program ini turut menjadi medium mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan membina persahabatan dalam kalangan peserta, selain memperkenalkan Pulau Banggi serta khazanah alamnya kepada masyarakat luar,” jelasnya.

Tambah Azry, sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohammarin, turut membantu menjayakan program berkenaan dalam usaha meneroka khazanah alam semula jadi yang masih terpelihara di Pulau Banggi.

Justeru, beliau berharap aktiviti seumpama itu dapat diperluaskan pada masa akan datang bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat mengenali Pulau Banggi.

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia