KKM tubuh Pasukan Petugas Khas siasat kematian Pakar Patologi Hospital Lahad Datu

LAHAD DATU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat insiden kematian Pakar Perubatan Patologi, Dr Tay Tien Yaa di daerah ini, berkuat kuasa 10 Oktober depan. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penubuhan pasukan itu bagi mengukuhkan pendirian pihaknya yang tidak bertolak ansur dengan perlakuan buli di tempat kerja. 

Beliau berkata, Pasukan Petugas Khas ini akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dollah. 

“Pasukan ini juga akan dianggotai oleh lima ahli bebas (bukan anggota KKM) yang berpengetahuan dan kepakaran dalam bidang perubatan, psikiatri, psikologi, patologi serta perlakuan buli. 

“Individu itu adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Professor Datuk Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir; bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Azman Abu Bakar dan Ahli Lembaga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Datuk Mohamad Fazin Mahmud,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Rabu. 

Menurut Dzulkefly, Pakar Perunding Kanan (Psikiatri) di Jabatan Psikiatri Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Chan Lai Fong dan Perunding Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Datuk Profesor Ulung Dr Looi Lai Meng juga merupakan ahli pasukan khas tersebut. 

Tegasnya, KKM komited untuk memperbaiki persekitaran kerja supaya lebih harmoni dan kondusif. 

“Pasukan ini berperanan untuk melaksanakan siasatan dan menganalisis input daripada insiden kematian Pakar Patologi di Hospital Lahad Datu termasuk mengenal pasti dan mengesahkan perlakuan buli secara umum di Jabatan Patologi Hospital terbabit. 

“Pasukan ini juga akan mengenal pasti faktor dalaman dan luaran yang menyumbang kepada perlakuan buli selain menyediakan laporan serta cadangan penambahbaikan pencegahan dan perlakuan buli di fasiliti kesihatan dalam masa tiga bulan dari tarikh penubuhan pasukan,” jelasnya. 

Sehubungan itu, Dzulkefly yakin usaha ini akan mendapat kerjasama seluruh warga KKM selaras dengan misi menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk Malaysia Madani. 

Pada 29 Ogos lepas, media melaporkan Ketua Unit Patologi Kimia, Dr. Tay Tien Yaa yang bertugas di Hospital Lahad Datu ditemukan meninggal dunia di kediamannya. 

Dalam pada itu, adik mendiang menerusi beberapa hantaran di Facebook miliknya mendakwa mendiang menghadapi tekanan bebanan kerja dan dibuli.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak