Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Jangkaan mengenai rombakan kepimpinan PKR yang dilaporkan sejak awal hari ini terjawab apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar, manakala Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas MPP membincangkan permohonan Nurul Izzah untuk mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan pada mesyuarat yang diadakan hari ini.

“MPP turut membincangkan permohonan saudari Nurul Izzah Anwar untuk mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden. Namun setelah mendengar pandangan Nurul Izzah dan pimpinan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MPP turut memutuskan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjalankan tugas Timbalan Presiden sepanjang tempoh cuti sementara Nurul Izzah.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, MPP bersetuju melantik Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

Mengulas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, beliau berkata, MPP menerima dan menghormati keputusan yang dibuat rakyat.

“MPP menerima dan menghormati keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan. Parti juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja bertungkus-lumus sewaktu dua PRN itu serta merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang dua penggal yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, Nurul Izzah bagaimanapun akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 14 Ogos ini sempena Kongres Nasional 2026.

Pada mesyuarat sama, MPP turut meluluskan permohonan keanggotaan 3,533 anggota baharu yang mendaftar secara dalam talian bagi tempoh 12 Julai hingga Ogos tahun ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa sumber mengatakan Nurul Izzah dijangka mengambil cuti sabatikal daripada tugas parti bagi memberi tumpuan kepada pengajian, sekali gus membuka ruang kepada pelantikan pemangku bagi jawatan Timbalan Presiden.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik