Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

Oleh: Haziq Azhar, Nana Mohammad, Jasmine AE, Mohammad Fikri & Helda Julie

KUCHING – Ketibaan Bulan Kebangsaan bukan sekadar detik untuk mengingati lipatan sejarah dan mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata, sebaliknya ia perlu dihayati dengan memperkukuh nilai perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini.  

Perkara itu ditegaskan oleh penjawat awam, Nor Hashikin Abdul Razak, 46, yang menyifatkan kemakmuran dinikmati pada hari ini bukan sesuatu yang datang dengan mudah.

Menurutnya, ia sebaliknya merupakan hasil usaha berterusan serta pengorbanan pelbagai pihak sejak sekian lama.

“Justeru, nilai perpaduan ini perlu terus diperkukuh dan dipelihara agar keamanan, pembangunan serta kemajuan negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Bagi rakyat di Sarawak, kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang wujud di negeri itu telah sekian lama menjadi tonggak utama serta contoh terbaik dalam mencerminkan kemakmuran Malaysia. 

Ketua Kampung Bakol, Kasim Adam, 63, menyifatkan kemerdekaan yang dinikmati pada hari ini merupakan hasil pengorbanan besar para pejuang terdahulu.  

Justeru, beliau menggesa seluruh rakyat untuk sentiasa mempertahankan keamanan dan menyemai semangat cintakan negara khususnya dalam kalangan generasi muda.  

“Saya amat berbangga melihat rakyat di kampung ini hidup aman, saling membantu dan menghormati tanpa mengira perbezaan. Marilah kita terus berganding bahu menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara supaya lebih makmur,” katanya.  

Sementara itu, pekerja swasta, Nur Hazirah Shukur, 31, mengingatkan masyarakat agar tidak menjadikan platform media sosial sebagai medan perpecahan dan perselisihan faham. 

Sebaliknya, beliau berharap medium tersebut dimanfaatkan untuk menyebarkan mesej positif yang mampu menyatukan rakyat serta memupuk semangat patriotisme.  

“Budaya saling menghormati dan bertolak ansur yang diamalkan di Sarawak telah membolehkan pembangunan dipacu serta ekonomi berkembang demi kesejahteraan rakyat secara bersama,” jelasnya.  

Senada dengan pandangan itu, Swazwani Ismail, 33, berkata sebagai seorang pendidik, beliau sentiasa menasihati pelajarnya supaya menerima keunikan kepelbagaian budaya sebagai satu kekuatan bersama.  

Ujarnya, perpaduan kekal menjadi asas utama kepada keamanan dan kemajuan sesebuah negara untuk diwariskan dalam keadaan sejahtera kepada generasi akan datang.  

Bagi pekerja swasta, Joanna Andrew, 35, pula, kepelbagaian identiti di Sarawak membuatkannya berasa amat bersyukur kerana berpeluang hidup dalam suasana toleransi yang tinggi.  

Beliau berharap semangat muhibah tersebut akan terus mekar bukan sahaja di Bumi Kenyalang, tetapi juga di seluruh pelosok negara agar kemerdekaan terus dihayati demi kelangsungan masa depan Malaysia yang cemerlang.

Related Posts

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

SANDAKAN – Isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan bandar, kampung dan taman perumahan perlu diberi perhatian serius dan tindakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin. Ketua Cabang Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

TAWAU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau tampil dengan inisiatif prihatin menerusi penganjuran Program Belia Ride and Care menerusi pemberian bantuan minyak hitam bagi meringankan beban kos penyelenggaraan motosikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

Kemerdekaan sebenar dituntut melalui keharmonian dan perpaduan utuh

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik