Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

BETONG – Betong berpotensi besar untuk diangkat sebagai salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi baharu di Sarawak.

Prospek tersebut dipacu oleh pelaksanaan pelbagai pelaburan strategik yang memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur, pertanian moden, pelancongan, pendidikan, dan jaringan pengangkutan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perubahan ketara yang berlaku di wilayah itu sejak lima tahun kebelakangan ini adalah hasil daripada inisiatif terancang kerajaan.

“Transformasi tersebut membuktikan bahawa Betong kini berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang maju.

“Betong telah banyak berubah dan saya yakin proses pembangunan ini akan terus dipacu pada masa akan datang, bukan sahaja dalam aspek ekonomi malah pembangunan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong 2026 pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abang Johari memberitahu bahawa pembangunan infrastruktur menjadi asas penting kerana ia membuka peluang pertumbuhan kepada sektor baharu.

Katanya, kerajaan turut memberi penekanan terhadap sektor pertanian menerusi pembangunan taman agro dan aplikasi teknologi moden bagi melipatgandakan hasil pengeluaran.

Selain itu, sektor pelancongan juga mempunyai potensi besar untuk diperkasakan, khususnya menerusi tarikan lokasi bersejarah seperti Bukit Sadok.

Jelas beliau, penambahbaikan rangkaian jalan raya bersama kelancaran pembangunan di Batang Ai dijangka merangsang lagi kerancakan rantaian ekonomi di Bahagian Betong.

Menjadikan Batang Ai sebagai contoh kejayaan, beliau memuji keupayaan kawasan itu mengeksport ikan tilapia ke Singapura yang membuktikan potensi ekonomi bernilai tinggi di kawasan luar bandar.

“Apabila jaringan jalan raya semakin baik dan kemudahan STOLport dapat digunakan untuk mengangkut kargo barangan mudah rosak terus ke pasaran, pembangunan di kawasan ini akan meningkat dengan lebih pesat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan peruntukan besar sebanyak RM180 juta bagi menaik taraf sistem bekalan elektrik untuk memenuhi pertambahan permintaan utiliti di Betong.

Tegasnya, kerajaan negeri akan terus mengutamakan pembangunan Betong menerusi pelaksanaan dasar yang memastikan manfaat kemajuan dapat dinikmati rakyat secara menyeluruh.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan