16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

PENANTIAN 16 tahun, Datuk Azizulhasni Awang untuk bergelar juara Sukan Komanwel berakhir apabila jaguh berbasikal trek negara itu merangkul pingat emas pertama dalam kariernya menerusi acara keirin di Velodrom Sir Chris Hoy, awal pagi tadi.

Kejayaan itu sekali gus melengkapkan koleksi pingat Azizulhasni di pentas Komanwel selepas pernah meraih gangsa pada Glasgow 2014 dan kini akhirnya berdiri megah di puncak podium, menamatkan episod duka sejak edisi Delhi 2010.

Dalam perlumbaan akhir membabitkan enam pelumba, Azizulhasni memulakan saingan di kedudukan keempat sebelum melakukan pecutan luar biasa di selekoh terakhir untuk memintas pencabarnya dan melintasi garisan penamat di tempat pertama.

Kayuhan bertenaga ‘The Pocket Rocketman’ itu nyata sukar dicabar apabila dia mengetepikan pelumba Australia, Leigh Hoffman yang meraih pingat perak, manakala gangsa menjadi milik wakil tuan rumah England, Harry Ledingham-Horn.

Sebaik sahaja perlumbaan berakhir, Azizulhasni dilihat tidak dapat menahan sebak apabila terduduk dan menangis di tepi trek sambil menerima tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong yang memenuhi Velodrom Sir Chris Hoy sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan bersejarah itu.

Emas berkenaan hadir selepas Azizulhasni terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final apabila menamatkan perlumbaan separuh akhir pertama di tempat kedua di belakang pelumba Australia, Tayte Ryan.

Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk mempunyai dua wakil di final tidak kesampaian apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas di separuh akhir kedua selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Kejayaan kali ini menutup satu lagi episod pahit dalam karier Azizulhasni di temasya Komanwel.

Related Posts

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadualkan pada Oktober ini, akan berlangsung pada sebelah petang. Perkara berkenaan disahkan Ketua Pegawai Eksekutif SIC,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA mula prosiding siasatan terhadap pasukan Argentina

FIFA membuka prosiding tatatertib terhadap Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) dan beberapa pemain negara itu susulan beberapa dakwaan pelanggaran disiplin sepanjang kempen Piala Dunia, termasuk tindakan mempamerkan sepanduk berkaitan tuntutan kedaulatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli