KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Pahang mengumumkan pembayaran dividen modal syer tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 1967, iaitu pada kadar 60 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran dividen berjumlah RM35.32 juta itu mula diagihkan kepada 1,469 anggota yang layak bermula semalam, selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Bagi tahun kewangan 2025, KOSMA merekodkan pendapatan keseluruhan RM334.24 juta, manakala keuntungan bersih mencecah RM102.30 juta.

“SKM telah meluluskan pembayaran dividen syer KOSMA bagi (tahun) kewangan berakhir 31 Disember 2025 pada kadar 60 peratus, yang juga kadar tertinggi setakat ini.

“Ia melibatkan pembayaran dividen kepada seramai 1,469 anggota yang layak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan KOSMA di sebuah hotel di Kuantan, malam tadi.

Mesyuarat turut dihadiri Pengerusi KOSMA, Datuk Zamri Mohamad serta barisan Ahli Lembaga Pengarah.

Wan Rosdy memaklumkan, pencapaian itu mencerminkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan KOSMA, selain hasil strategi pelaburan yang mampan serta memberi pulangan memberangsangkan kepada anggota.

Beliau berkata, keseluruhan pembayaran dividen melibatkan unit ladang dan saham KOSMA bagi tahun kewangan 2024 berjumlah RM56.5 juta.

Sementara itu, KOSMA Pahang terus mengukuhkan kedudukannya apabila diiktiraf sebagai Koperasi Keenam Terbaik Malaysia dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2026, yang diumumkan sempena Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 pada 4 Julai lalu.

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM