SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi semua peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idris berkata, pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan peranti berkenaan di tempat yang disediakan sebaik menerima kertas undi dan hanya boleh mengambilnya semula selepas selesai mengundi.

“Tatacara baharu itu diperkenal bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar selain memelihara kerahsiaan undi setiap pengundi.

“Selain itu, semua pengundi, calon dan petugas yang memasuki pusat mengundi dilarang memakai baju, topi atau pelitup separuh muka yang mempunyai nama, lambang, simbol atau gambar parti politik atau calon bertanding selain membawa sebarang bahan kempen termasuk slogan yang menjurus kepada sokongan terhadap mana-mana parti politik,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengundi turut digalakkan hadir ke pusat mengundi lebih awal atau mengikut masa yang disyorkan menerusi aplikasi MySPR Semak bagi mengelakkan kesesakan pada saat akhir, namun mereka masih boleh mengundi mengikut kelapangan masing-masing sepanjang tempoh pengundian dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu yang diwartakan bagi pusat mengundi berkenaan.

Selain itu, katanya, pengundi perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan identiti dan tidak menyerahkan dokumen tersebut kepada mana-mana pihak selain petugas pilihan raya.

Khairul Shahril berkata, mana-mana pengundi yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan boleh dihalang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan semua parti politik dan calon bertanding supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik tempoh rasmi berkempen berakhir pada jam 11.59 malam ini.

Katanya, larangan itu merangkumi semua bentuk kempen termasuk merayu undi di luar pusat mengundi dan menerusi media sosial, manakala barung parti juga tidak dibenarkan dibuka, didirikan atau diselenggara pada hari pengundian kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sebanyak 15,344 petugas akan mengendalikan proses pengundian di 401 pusat mengundi di seluruh Negeri Sembilan.

PRN Negeri Sembilan ke-16 esok melibatkan seramai 859,760 pengundi biasa yang layak mengundi selepas proses pengundian awal pada Selasa lalu membabitkan 16,467 anggota keselamatan dan pasangan mereka.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Pengundi di Negeri Sembilan diseru membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok dengan memilih pemimpin yang berintegriti dan amanah bagi menjamin kesinambungan pentadbiran negeri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan