Kad Siswa Johor beri manfaat buat 75,000 anak Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri terus komited menjaga kebajikan pendidikan mahasiswa Johor menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Kad Siswa Johor ditandatangani antara Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bersama sembilan syarikat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jalinan kerjasama itu bakal memberikan manfaat kepada 25,000 mahasiswa negeri ini yang juga pemegang kad melalui tawaran dan potongan harga yang boleh diperolehi.

Menurut beliau, antara tawaran yang disediakan adalah di KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands Holding Bhd (KFC & Pizza Hut), Daily Fresh Sdn Bhd, Al-Ikhlas Gadget, Farm Fresh Berhad, Woodfire Burger Sdn Bhd, Badan Cemerlang Sdn Bhd, Legoland Malaysia dan Golden Screen Cinemas (GSC) Sdn Bhd.

“Saya percaya program ini dapat memberikan impak positif dan memperkukuh sokongan kita kepada mahasiswa, selari dengan Teras Ke-6: Orang Muda Johor di bawah Agenda Maju Johor.

“Inisiatif ini merupakan langkah strategik Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan kepada mahasiswa anak Johor di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Komuniti, dan Politeknik.

“Semoga ia dapat membantu melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, kelmarin.

Penyerahan Kad Siswa Johor kepada para penerima Skim Bantuan Pendaftaran dan Pinjaman Pendidikan telah bermula minggu lalu di mana segala manfaat ditawarkan boleh dinikmati bermula pertengahan bulan ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri secara keseluruhannya menyasarkan sehingga 75,000 mahasiswa Johor untuk memperoleh manfaat ini dan justeru, bagi mereka yang belum memohon, boleh berbuat demikian dengan membuka akaun di cawangan-cawangan Bank Muamalat sebelum 31 Oktober.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Selatan KPJ Healthcare Berhad, Mohd Azhar Abdullah menyambut baik kerjasama ini dan berharap ia dapat memberi limpahan manfaat kepada para pelajar melalui tawaran diskaun saringan kesihatan yang disediakan.
 
“Insiatif Kad Siswa Johor diharapkan dapat meringankan beban kewangan mahasiswa, selain menggalakkan penggunaan perbankan dalam talian dengan kerjasama Bank Muamalat sebagai pengeluar kad berkenaan,” katanya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat