Kerajaan Negeri Sembilan harap Koridor Perindustrian Tengah direalisasikan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan berharap agar peruntukan sebanyak RM700 bilion diluluskan oleh kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan Koridor Perindustrian Tengah.

Projek penting itu melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dalam pertumbuhan pembangunan ekonomi meliputi 45 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia malah diyakini akan terus meningkat melebihi paras itu, sekali gus turut menguntungkan negeri-negeri terlibat.

“RM700 billion untuk penyediaan infrastruktur membabitkan empat negeri itu diharap disegerakan untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan. Pemimpin utama keempat-empat negeri ini juga telah pun bersetuju supaya Koridor Perindustrian Tengah ini dilaksanakan segera.

“Kalau kita berusaha selepas ini dengan bersungguh-sungguh, saya yakin ia melebihi paras itu dan akan peroleh jumlah lebih besar, malah melebihi yang sedia ada,” katanya kepada pemberita pada program Town Hall ‘Sejahtera Waghih Nogori’ bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pembinaan koridor itu juga bukan saja dapat meningkatkan KDNK, tetapi bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat sekali gus meningkatkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap isu membabitkan pemasangan khemah di sekitar Pantai Telok Kemang dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini dan perbincangan antara pengusaha bersama pihak berkuasa tempatan, Ahli Majlis serta wakil rakyat sedang dilakukan.

“Di Port Dickson ini kita ada banyak pantai, bukan di Telok Kemang sahaja, di pantai-pantai lain tiada melibatkan pemasangan khemah kerana semuanya kita kawal, hanya di Telok Kemang sahaja, jadi tidak adil kalau hanya disebabkan satu ini sahaja ia menjejaskan pelancongan, itu saya tidak setuju.

“Kita ambil maklum perkara ini sejak awal lagi, saya pentadbir kerajaan Negeri Sembilan, perkara ini bukan mudah, kita perlu menghormati penduduk setempat kerana mereka telah lama di sana, ini cara kita dan mereka juga mencari rezeki,” katanya.

Aminuddin berkata, pihaknya yakin akan ada perubahan yang akan dilaksanakan menjelang tahun hadapan bagi memastikan keharmonian semua pihak dapat dipenuhi.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat