Kerajaan percepat laksana baki syor RCI, perkukuh tadbir urus Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan baki 25 peratus syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi memperkukuh lagi tadbir urus institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pelaksanaan syor yang masih berbaki akan dibuat dengan mengambil kira aspek kebijaksanaan, realiti semasa serta pertimbangan yang bersesuaian.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan bagi memastikan institusi yang kita sayangi ini terus berkembang dan kekal kukuh,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Khamis.

Zulkifli berkata, sebanyak 75 peratus daripada 25 syor yang dikemukakan RCI telah dilaksanakan, sekali gus meletakkan TH di landasan yang lebih baik dalam aspek pengurusan deposit dan operasi haji.

Katanya, pencapaian itu turut menyumbang kepada pengiktirafan TH apabila menerima Diamond Award bagi pengurusan haji terbaik dunia pada musim haji 1447H/2026M.

Mengulas syor RCI supaya struktur tadbir urus TH disusun semula, beliau berkata kerajaan bersikap terbuka untuk meneliti cadangan tersebut, termasuk mengasingkan tanggungjawab berkaitan pengurusan kewangan, dana dan pelaburan di bawah Menteri Kewangan.

Menurutnya, cadangan mengehadkan bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada urusan pengurusan haji sahaja merupakan antara syor yang terkandung dalam laporan RCI.

Pada Rabu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 yang mengandungi pelbagai dapatan serta cadangan penambahbaikan institusi berkenaan.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik