Laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri bersetuju untuk menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 kepada umum.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan berkenaan turut akan dibentangkan dan dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH serta meneliti kandungan laporan RCI berkenaan.

“Jemaah Menteri bersetuju laporan ini disahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum hari ini.

“Laporan ini juga akan dibentangkan serta dibahaskan pada sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI Tabung Haji bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, laporan RCI itu mengandungi 25 syor bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan Tabung Haji.

Menurutnya, Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa pihak pengurusan TH telah melaksanakan kira-kira 75 peratus daripada syor yang dikemukakan.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil maklum prestasi kewangan TH yang semakin baik apabila institusi itu mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025.

“Ini menunjukkan pengurusan Tabung Haji kini berada pada landasan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut memutuskan supaya siasatan lanjut oleh agensi penguatkuasaan diteruskan serta-merta berdasarkan dapatan laporan RCI.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan mengikut proses perundangan yang ditetapkan.

Related Posts

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi amaran tegas bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai unit khusus yang ditugaskan untuk memantau hantaran di media sosial secara berterusan, terutamanya yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melumpuhkan sindiket yang dipercayai memanipulasi sistem pekerja asing dan menjual pas kerja sementara (e-PLKS) palsu dalam serbuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap