Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melumpuhkan sindiket yang dipercayai memanipulasi sistem pekerja asing dan menjual pas kerja sementara (e-PLKS) palsu dalam serbuan di Jalan Chan Sow Lin, di sini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, serbuan menerusi Ops Serkap itu membabitkan pemeriksaan serentak di 11 premis komersial dengan kekuatan 40 pegawai penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Beliau berkata, seramai 30 warga asing ditahan dalam operasi berkenaan, termasuk 11 individu yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh.

“Turut ditahan 19 warga asing lain iaitu 16 warga Bangladesh, seorang Myanmar dan dua Indonesia atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya menerusi Facebook pada Rabu.

Menurut Saifuddin, operasi itu turut membawa kepada rampasan 18 komputer riba, 21 pencetak dan pengimbas, tiga telefon bimbit serta 10 pasport antarabangsa Bangladesh.

Katanya, pihak berkuasa turut merampas cetakan e-PLKS dan laporan polis yang dipercayai dipalsukan untuk digunakan dalam aktiviti sindiket berkenaan.

“Siasatan mendapati e-PLKS palsu dijual pada harga RM150 sekeping, manakala laporan polis palsu pula dijual RM70 setiap satu,” katanya.

Kesemua tahanan kemudian dipindahkan ke Depot Imigresen Putrajaya mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut.

Saifuddin berkata, tindakan penguatkuasaan itu membuktikan komitmen KDN dalam memastikan sistem imigresen tidak dimanipulasi pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan melalui kegiatan haram.

Beliau berkata, JIM akan terus mengambil tindakan terhadap sindiket yang menjadi punca kepada penipuan dan penyalahgunaan sistem imigresen, termasuk kegiatan pemalsuan dokumen.

“Kerajaan MADANI komited memastikan sistem imigresen bersih, mengawal ketat pintu masuk negara dan melindungi pasaran kerja tempatan daripada dieksploitasi oleh sindiket haram,” katanya.

Saifuddin turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana warga asing atau warga tempatan yang melanggar undang-undang, memalsukan dokumen atau menjalankan aktiviti haram di negara ini.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun