BN ambil jalan pintas main isu 3R pikat hati rakyat 

JEMPOL – Barisan Nasional (BN) disifatkan sedang mengambil jalan pintas dalam usaha memikat hati pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sehingga terdesak memainkan sentimen berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivanan berkata, pendekatan yang diambil pihak lawan membuktikan BN ketandusan idea dan tawaran jelas yang menyebabkan sentimen 3R menjadi menjadi pilihan mudah untuk menarik sokongan pengundi kerana mampu membangkitkan reaksi emosi.

Beliau berpandangan, kempen pilihan raya seharusnya menjadi medan untuk parti politik mengetengahkan agenda, manifesto, visi serta tawaran yang mampu membawa perubahan kepada rakyat.

“Sayang sekali, saya tidak nampak Barisan Nasional secara umum mahupun di DUN Jeram Padang, wakil-wakil Barisan Nasional di kawasan ini mempunyai manifesto yang jelas kepada rakyat. Ini yang menyebabkan saya rasa kecetekan atau kekurangan idea sebegini menyebabkan mereka memainkan isu yang paling senang iaitu 3R.  Sentimen tersebut boleh menyentuh perasaan seseorang dari sudut emosi. 

“Jadi saya rasa senjata satu-satunya senjata yang Barisan Nasional ada sekarang adalah 3R. Itu perlu dielakkan. Saya lebih gemar ahli-ahli politik, tak kisah daripada mana parti-parti, menggunakan kempen pilihan raya ni kita berlawan dari sudut apa yang kita boleh tawarkan kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di Felda Bukit Rotan Barat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video tular seorang pemimpin UMNO Rembau yang mula memainkan persepsi 3R dengan mendakwa Istana Negeri Sembilan telah dipegang oleh DAP.

Sehubungan itu, Manivanan menyeru pengundi di Negeri Sembilan perlu membuat penilaian berdasarkan keupayaan calon, manifesto serta kemampuan membawa pembangunan kepada kawasan masing-masing.

Beliau berpendapat, pengundi perlu bijak menolak mana-mana parti politik yang memainkan sentimen 3R dan memilih calon yang mampu menawarkan perkhidmatan terbaik.

“Saya mohon kepada pengundi bukan sahaja di DUN Jeram Padang, malahan di seluruh Negeri Sembilan, pilih idea yang baik, pilih manifesto yang baik, pilih seseorang yang boleh bekerja dengan visi, misi dan sebagainya. Kalau retorik 3R ini yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara ni perlu dielakkan.

“Saya boleh rumuskan kecetekan idea dan manifesto daripada Barisan Nasional (sedang berlaku) selain dia tak boleh patahkan hujah-hujahan kami, debat pun tak berani. Jadi inilah jalan mudah yang dipilih untuk mempengaruhi pengundi.

“Pengundi kena bijak menolak sesiapa yang memainkan isu 3R, memilih sesiapa yang boleh menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK