‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

KUALA PILAH – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar tidak memainkan isu melibatkan kaum dan agama sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sekiranya hasrat Muhammad Sanusi adalah untuk memperlihatkan penyatuan dalam kalangan rakyat, perkara sedemikian tidak perlu dibangkitkan kerana hanya akan meresahkan pelbagai kelompok masyarakat.

Menurutnya, jika Muhammad Sanusi mahu memperlihatkan penyatuan di kalangan umat, beliau tidak perlu pun menyentuh mengenai etnik, agama, budaya dan juga latar belakang lain-lain kaum di negara ini.

“Saya yakin kemajmukan rakyat di negara kita, latar belakang ini adalah sunatullah yang telah ditentukan. Jadi tidak perlu disentuh perkara-perkara yang begitu.

“Kalau mereka berhasrat untuk berkawan, buatlah cara mahu berkawan, bukan menyentuh perkara-perkara yang lain dan kalau boleh sehingga hari Sabtu nanti (1 Ogos), kita ada 6 hari lagi, saya ingat eloklah beliau sibukkan diri beliau mentadbir negeri Kedah.

“Tak perlu datang ke Negeri Sembilan. Biarlah kita ‘manage’ Negeri Sembilan dengan cara kita sendiri,” katanya ketika ditemui media pada Program Salam Agrikomoditi MADANI di Dataran Melang, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, secara sinis berkata, walaupun “ada harimau di dalam dada”, yang lebih sesuai keluar daripada percakapannya hanyalah “kambing”, merujuk kepada Muhammad Sanusi.

Beliau turut berpandangan ucapan Muhammad Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Pas itu mungkin sesuai untuk rakyat negeri Kedah, namun tidak wajar dibawa ke Negeri Sembilan kerana berpotensi mengundang pelbagai tafsiran dan mencetuskan keresahan dalam masyarakat majmuk.

Semalam, media melaporkan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menyeru BN mempertimbangkan langkah untuk bertanding secara solo dalam PRN akan datang susulan kenyataan pimpinan Pas yang didakwa kerap menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu.

Beliau berkata, kenyataan berulang daripada sesetengah pemimpin Pas yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan bukan sahaja menyulitkan sebarang bentuk kerjasama politik, malah menjejaskan usaha BN untuk memenangi hati pengundi berbilang kaum.

Media juga melaporkan Sanusi dalam ceramah perdana BN-PN di Jempol dua hari lalu ketika berucap mendakwa kuasa politik dan penguasaan ekonomi orang Melayu semakin terhakis dan berdepan risiko hilang sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun jika tiada perubahan drastik dilakukan.

Beliau juga menegaskan Malaysia satu-satunya tanah yang menjadi tempat perlindungan bagi orang Melayu, sama seperti negara lain yang mempunyai kaum
asal masing-masing.

Related Posts

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Pengundi Negeri Sembilan disaran untuk memberi peluang sekali lagi kepada gabungan parti politik yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipersoal adakah beliau benar-benar tidak mengetahui tentang peruntukan undang-undang atau sengaja mahu mengelirukan pengundi dengan memetik nama Anthony Loke sebagai bakal Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah