Bas baharu bakal perkasa mobiliti pengangkutan awam Sibu

SIBU – Perkhidmatan bas baharu bakal diperkenalkan di Sibu bagi menyusun semula sistem pengangkutan awam bandar itu agar lebih bersepadu, cekap dan mampu memenuhi permintaan rakyat.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh jaringan pengangkutan awam yang lebih moden.

Jelasnya, langkah itu merupakan kesinambungan kepada usaha transformasi yang telah dilaksanakan menerusi perkhidmatan Smart Bus di Miri dan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

“Saya ingin memaklumkan bahawa bas-bas baharu akan diperkenalkan di Sibu sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak memperkasakan sistem pengangkutan awam di bandar utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Sarawak 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang di pada Rabu.

Menurut Khin Shin, penyediaan sistem pengangkutan awam yang lebih baik amat penting bagi menyokong pertumbuhan bandar menerusi pergerakan rakyat yang lebih lancar serta tersusun.

Tambahnya, perluasan kemudahan itu turut sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan sistem mobiliti yang lebih mampan.

“Pada masa sama, ia diyakini mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat menerusi penyediaan pilihan perjalanan yang lebih selesa, selamat dan berkesan,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman