‘Yang nak turun Yamtuan adalah bangsa kita, bukan dari bangsa lain…’ – Liyana

PEGUAM dan aktivis, Liyana Marzuki menempelak kenyataan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang disiarkan di Harakah Daily, yang menyalahkan DAP dalam isu institusi Adat di Negeri Sembilan.

Liyana mengingatkan Afnan supaya tidak memainkan naratif perkauman dalam isu itu kerana yang mahu menurunkan Yang di-Pertuan Besar bukanlah bangsa lain, sebaliknya orang Melayu sendiri.

“Yang nak turunkan dan “pecat” Yamtuan tu orang kita, bukan bangsa lain pun.

“Main naratif bangsa ni tak ke mana. Pengundi nanti akan nilai apa yang anda boleh buat pada negara,” katanya dalam satu respon di Facebook malam tadi.

Beliau merujuk kepada kenyataan disiarkan lidah rasmi Pas, yang mendakwa sejak DAP berada dalam kerajaan negeri, kedudukan Institusi Adat di Negeri Sembilan sering berdepan pelbagai konflik sehingga mencetuskan pertembungan melibatkan Undang Yang Empat.

“Bacalah komen dalam hantaran ni oleh Harakah. Tunjukkan sentimen bangsa orang dah bosan dah.

“Ini bahana anda terlampau gunakan hantu dalam politik. Akhirnya, orang dah tak takut sudah. Jangan sampai orang sedar anda yang hantu sebenarnya,” ujarnya lagi.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil