Bayi perempuan ditemukan dalam semak, polis kesan saksi dan rakaman CCTV

TAWAU – Polis giat mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan dipercayai ditinggalkan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, pihaknya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian sekiranya ada, selain membuat semakan dengan pihak hospital dan klinik kesihatan bagi membantu siasatan.

“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti identiti ibu kandung bayi serta individu yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Robiatul Adawiyah binti Japri di talian 016-918 9402 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Wilynton, polis menerima dua laporan mengenai penemuan bayi itu dan berdasarkan siasatan awal, bayi itu ditemui seorang lelaki kira-kira pukul 6.00 pagi sebelum menghubungi pihak ambulans.

“Bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menerima rawatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Related Posts

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

LIMBANG – Permainan layang-layang sebagai warisan tradisional masyarakat perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya berkenaan tidak ditelan zaman. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMKS Zon Timur perlu rebut peluang ekonomi ECRL – Wan Rosdy

KUANTAN – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pantai Timur perlu besedia merebut peluang ekonomi yang bakal muncul dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Disember ini. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA