Gajah liar rosakkan kebun Projek Sejati MADANI

GUA MUSANG – Kira-kira 600 penduduk Taman Wangsa Mewangi di sini cemas apabila dua ekor gajah liar memasuki kawasan berhampiran penempatan mereka sebelum merosakkan tanaman penduduk dan kebun Projek Sejati MADANI.

Kehadiran haiwan liar itu disedari kira-kira pukul 2 pagi selepas seorang penduduk terserempak dengan kedua-dua gajah berkenaan sebelum merakam video dan berkongsinya dalam kumpulan WhatsApp sebagai amaran kepada komuniti setempat.

Difahamkan, dua gajah itu berada kira-kira 30 meter dari kawasan rumah dan sekitar 500 meter dari Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran landasan kereta api.

Seorang penduduk, Azizul Rahman Hamzah berkata, kejadian itu membimbangkan kerana lokasi kemunculan gajah berada berhampiran laluan utama yang digunakan penduduk setiap hari.

Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai kehadiran haiwan berkenaan oleh seorang individu yang terserempak dengan gajah ketika mahu memusingkan kenderaan.

“Saya kemudian merakam video dan memuat naiknya ke Facebook kerana bimbang dengan keselamatan penduduk di kawasan ini.

“Saya juga risau kerana gajah berada berhampiran landasan kereta api dan tiada sebarang tanda amaran. Kebiasaannya haiwan ini akan kembali kerana kawasan ini mempunyai sumber makanan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mah Swee Ha berkata, beberapa pokok kelapa miliknya rosak dipercayai akibat diceroboh dua ekor gajah tersebut.

Katanya, jiran turut memaklumkan mengenai kemunculan haiwan itu selepas video kejadian tular di Facebook.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Wangsa Mewangi, Abdullah Hussein berkata, lebih 20 pokok pisang di kebun Projek Sejati MADANI musnah selain beberapa pokok kelapa turut rosak akibat serangan gajah liar.

Menurutnya, kawasan itu turut menempatkan ternakan rusa dan perusahaan madu kelulut yang dikhuatiri terjejas sekiranya haiwan berkenaan terus memasuki kawasan tersebut.

Beliau berkata, laporan telah dibuat kepada Perhilitan dan pegawai jabatan itu sudah berada di lokasi bagi menjalankan pemantauan serta siasatan lanjut.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan