Manifesto PH bukti komitmen pembangunan seimbang, Nazri yakin pertahan Ampangan

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim, menyifatkan Manifesto PH mencerminkan pemahaman jelas kepimpinan gabungan itu terhadap kedudukan semasa Negeri Sembilan serta hala tuju yang perlu diambil demi masa depan negeri.

Beliau berkata, walaupun belum sempat meneliti manifesto itu secara terperinci, kandungannya jelas menggambarkan iltizam PH untuk terus berkhidmat kepada rakyat secara tersusun dan berfokus.

“Manifesto ini menunjukkan pemahaman yang jelas oleh kepimpinan Pakatan Harapan terhadap kedudukan semasa Negeri Sembilan dan arah tuju yang tepat bagi masa depan negeri ini.

“Pada pandangan saya, manifesto ini turut mencerminkan keazaman pimpinan PH untuk terus berkhidmat kepada rakyat secara terancang dan berfokus, selain mengekalkan keseimbangan antara pembangunan material dan fizikal serta pembangunan jiwa dan rohani,” katanya selepas pelancaran Manifesto PH Negeri Sembilan, di sini, pada Isnin.

Sebelum itu, manifesto yang dilancarikan oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun itu bertemakan ‘Kekal Harapan’ yang menggariskan 10 komitmen utama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.

Mengulas harapannya di DUN Ampangan, Mohd Nazri berkata, beliau berharap dapat meyakinkan seramai mungkin pengundi terhadap kemampuan dan kesungguhan pasukan PH untuk terus menjadi wakil rakyat serta berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu.

Beliau berkata, rekod pentadbiran PH sepanjang tujuh hingga lapan tahun lalu membuktikan kesungguhan gabungan itu dalam mengurus kebajikan serta kehidupan masyarakat di Ampangan.

“Kami berharap rakyat terus memberikan keyakinan kepada PH. Pada masa sama, kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada rakyat untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan kami di Ampangan,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula