29 anggota APM Saratok jalani latihan mantapkan operasi menyelamat

SARATOK – Seramai 29 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai Latihan Pasukan Mingguan bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan kecekapan menghadapi situasi kecemasan. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata, program di pekarangan Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Saratok itu membabitkan anggota MyASPA-P, MyASPA-O dan ASPA menerusi modul berasaskan operasi sebenar.

“Antara pengisian utama latihan ialah kawad kaki, pengenalan peralatan perubatan dalam ambulans serta modul Pengurusan Kemalangan Jalan Raya (R.A.M).

“Latihan ini bagi memberi penekanan terhadap prosedur pengendalian insiden kemalangan secara sistematik, cekap dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pelaksanaan Latihan Pasukan Mingguan APM bagi edisi Julai 2026 pada Ahad. 

Mengulas lanjut, Nur Athirah menjelaskan latihan secara berterusan itu amat penting bagi memastikan setiap anggota berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, di samping meningkatkan disiplin dan keyakinan ketika operasi menyelamat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan para peserta turut diuji dengan aktiviti pembinaan pasukan bagi memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan koordinasi yang menjadi elemen penting dalam tugasan kecemasan.

Tambahnya, latihan berkala tersebut akan terus dilaksanakan sebagai platform memperkukuh profesionalisme agar APM Saratok sentiasa bersedia memberikan tindak balas pantas demi keselamatan masyarakat setempat.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX