JKNS sahkan pesakit tular bukan dijangkiti leptospirosis

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan pesakit yang dikaitkan dengan mesej tular mengenai jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus di kawasan rekreasi air di negeri ini tidak dijangkiti penyakit berkenaan selepas keputusan ujian makmal didapati negatif.

Dalam kenyataan hari ini, JKNS memaklumkan pesakit terbabit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor pada 7 Julai lalu selepas disyaki secara klinikal menghidap leptospirosis.

“Namun begitu, ujian makmal adalah negatif bagi jangkitan leptospirosis. Pesakit tersebut kini stabil dan beliau telah dipindahkan ke wad biasa untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JKNS, bagi tempoh 2024 hingga 2026, sebanyak 127 kes leptospirosis telah disahkan melalui ujian makmal di Selangor tanpa menunjukkan sebarang pola taburan khusus, manakala tiada kes kematian direkodkan sepanjang tempoh tersebut.

Daripada jumlah itu, 26 kes atau kira-kira 21 peratus dikenal pasti mempunyai kaitan dengan aktiviti rekreasi air.

JKNS memaklumkan tiga lokasi rekreasi air yang sering dikaitkan dengan kes leptospirosis ialah Taman Eko Rimba Sungai Kanching di Gombak, Air Terjun Sungai Congkak di Hulu Langat dan Sungai Ulu Yam di Hulu Selangor.

“Bagi mengurangkan risiko penularan penyakit, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terlibat telah menjalankan penilaian risiko di lokasi kejadian, mengambil sampel air dan tanah untuk analisis serta memastikan penyediaan papan tanda amaran oleh pihak berkuasa tempatan atau pengusaha premis,” katanya.

Selain itu, langkah memperkukuh pengurusan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan kawasan rekreasi turut dilaksanakan secara berkala bagi mengurangkan risiko jangkitan.

JKNS berkata pihaknya akan terus memantau situasi leptospirosis di Selangor secara berterusan serta bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi melaksanakan langkah kawalan dan pencegahan yang berkesan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan, mengelakkan aktiviti rekreasi air jika mempunyai luka terbuka, menutup luka dengan pembalut kalis air sekiranya perlu menjalankan aktiviti air serta tidak menggunakan air sungai yang tidak dimasak. Mereka yang mengalami gejala selepas mengunjungi kawasan rekreasi air juga disaran mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX