Belum rancang buka cawangan rasmi Tourism Board di Sandakan, Tawau – Jafrry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah belum bercadang menubuhkan cawangan rasmi Lembaga Pelancongan Sabah di Sandakan dan Tawau.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafrry Ariffin berkata, penyelarasan, promosi serta pembangunan pelancongan di Pantai Timur terus dikendalikan melalui ibu pejabat di Kota Kinabalu.

“Pendekatan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan, pihak berkuasa tempatan, Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah (JTPD), persatuan pelancongan serta pemain industri di Sandakan dan Tawau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Alex Thien Ching Qiang, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17, pada Isnin.

Tambah Ariffin, kementerianya bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merancang menubuhkan sebuah pejabat di Semporna.

“Penubuhan pejabat tersebut bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta pengurusan permohonan di kawasan Pantai Timur Sabah,” kongsinya.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX