68,669 kenderaan di Sabah, Sarawak dan Labuan berdaftar SKDS

LABUAN – Sebanyak 68,669 kenderaan milik 28,127 syarikat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berdaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat 18 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah itu merangkumi 3,433 kenderaan pengangkutan awam milik 2,116 syarikat.

“Selain itu, sebanyak 51,679 kenderaan daripada 18,770 syarikat didaftarkan dalam sektor pengangkutan barangan keperluan pengguna, manakala 13,557 jip dan pikap persendirian syarikat melibatkan 7,241 syarikat.

“Peningkatan pendaftaran ini menunjukkan pelaksanaan SKDS di Sabah, Sarawak dan Labuan terus mencatatkan perkembangan memberangsangkan,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Penyerahan Fleet Card SKDS, di sini, pada Ahad.

Tambah Armizan, sebanyak 172,955 syarikat melibatkan 464,797 kenderaan telah berdaftar di bawah SKDS di seluruh negara.

“Syarikat yang telah diluluskan perlu memohon kad fleet daripada syarikat minyak bagi membolehkan mereka mendapatkan diesel bersubsidi.

“Penggunaan kad berkenaan membolehkan setiap transaksi direkodkan secara digital, sekali gus memperkukuh pemantauan dan mengurangkan risiko ketirisan subsidi,” kongsinya.

Armizan turut merakamkan penghargaan kepadasyarikat pembekal minyak dan bahan api utama, PETRONAS, Shell dan Petron atas kerjasama dalam memastikan proses pengeluaran kad fleet berjalan lancar.

KPDN turut menggesa syarikat yang layak tetapi masih belum berdaftar supaya segera mengemukakan permohonan melalui portal MySubsidi.

Dalam pada itu, beliau berkata, susulan pelaksanaan penuh kad fleet SKDS di Sabah, Sarawak dan Labuan sejak 1 Julai lalu, KPDN sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk meneliti beberapa cadangan penambahbaikan.

“Penelitian itu mengambil kira pengalaman pelaksanaan, maklum balas pemain industri serta isu yang dikenal pasti di peringkat operasi.

“KPDN juga akan meneruskan sesi libat urus bersama Kerajaan Sabah dan Sarawak bagi memastikan pelaksanaan SKDS mengambil kira keperluan operasi di lapangan tanpa menjejaskan matlamat penyasaran subsidi dan usaha membendung ketirisan,” jelasnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit