PH ambil iktibar ‘pengkhianatan mandat’, mahu rakyat kekalkan kestabilan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) mengambil iktibar daripada krisis politik yang berlaku sebelum ini termasuk tindakan pihak yang didakwa mengkhianati mandat rakyat, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Aiman Athirah Sabu.

Beliau berkata, perkembangan politik yang berlaku di beberapa negeri menjadi pengajaran kepada PH supaya terus memperkukuh sokongan rakyat serta memastikan kestabilan pentadbiran Negeri Sembilan dapat dipertahankan.

“Kita mengambil iktibar dan memandang serius apa yang berlaku di Johor. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan juga memberi pengajaran kepada kita.

“Kita tahu pihak yang mengkhianati mandat yang telah diberikan rakyat. Sebelum ini, kita pernah bekerjasama dan bertanding bersama dalam pilihan raya negeri, namun hakikatnya itulah yang berlaku,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turun padang pasa sesi penamaan calon di Seremban bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan.

Menurut Aiman Athirah, fokus PH ketika ini adalah memastikan kemenangan gabungan itu selain meneruskan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Katanya, sepanjang tempoh tujuh tahun pentadbiran kerajaan negeri, Negeri Sembilan menunjukkan prestasi yang baik termasuk dari segi pengurusan kewangan, simpanan negeri serta pengurangan beban hutang.

“Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun telah menunjukkan prestasi yang baik serta komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Negeri Sembilan berada dalam kedudukan kewangan yang baik, di samping pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat sepanjang tempoh pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata, rakyat wajar memberikan peluang kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan pentadbiran sekurang-kurangnya bagi satu penggal lagi demi memastikan agenda pembangunan negeri tidak terjejas.

“Saya menyeru seluruh pengundi di Negeri Sembilan agar memberikan sokongan kepada PH demi mengekalkan kestabilan negeri.

“Kita telah melihat bagaimana kestabilan Negeri Sembilan dapat dipertahankan sebelum berlakunya pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Aiman Athirah berkata gerak kerja kempen PH di enam kawasan DUN yang ditandingi berjalan lancar dengan sambutan masyarakat yang menggalakkan, termasuk di DUN Lenggeng yang menampilkan calon wanita daripada Amanah iaitu Zarinna Abu Zarin.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014