Nor Azman tekad teruskan legasi khidmat Aminuddin di DUN Sikamat

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Nor Azman Mohamad, bertekad meneruskan legasi perkhidmatan yang ditinggalkan Datuk Seri Aminuddin Harun sekiranya diberi mandat oleh pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata, pencalonannya membawa amanah besar susulan keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan itu untuk berpindah bertanding di DUN Linggi selepas sekian lama mewakili DUN Sikamat.

“Melihat kepada calon-calon yang bertanding, saya sedar persaingan kali ini bukan mudah kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan pengalaman tersendiri.

“Bagaimanapun, saya menganggap pencalonan ini sebagai satu amanah dan kepercayaan besar yang diberikan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun selepas beliau meninggalkan kerusi yang disandang di DUN Sikamat untuk bertanding di DUN Linggi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas proses penamaan calon di sini, hari ini.

Nor Azman berkata, rekod perkhidmatan cemerlang Aminuddin sepanjang menjadi wakil rakyat di DUN Sikamat diyakini mampu menjadi asas kepada pengundi DUN Linggi untuk memberikan kepercayaan kepada Menteri Besar itu.

Pada masa sama, beliau berharap pengundi DUN Sikamat turut memberikan mandat kepadanya untuk meneruskan kesinambungan khidmat kepada masyarakat.

“Bagi masyarakat DUN Linggi, saya percaya rekod perkhidmatan Datuk Seri Aminuddin Harun di DUN Sikamat boleh dijadikan penilaian untuk terus memberi sokongan kepada beliau.

“Manakala di DUN Sikamat, saya berharap pengundi memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan agar saya dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan yang telah dibina sebelum ini,” katanya.

Katanya lagi, setiap peluang bertemu masyarakat merupakan ruang untuk beliau terus berkhidmat sebagaimana pengalaman ketika menjadi guru dan berkhidmat di Majlis Bandaraya Seremban.

“Bagi saya, keutamaan adalah berkhidmat kepada masyarakat. Sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ruang untuk saya menyumbang kepada rakyat akan menjadi lebih luas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pengundi DUN Sikamat agar memberikan sokongan kepada calon PH pada hari pengundian.

“Saya, Nor Azman Mohamad, calon Nombor 3 Pakatan Harapan, merayu kepada seluruh pengundi DUN Sikamat supaya memberikan sokongan dan undi kepada saya.

“Marilah kita bersama-sama memilih Harapan demi kestabilan,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014