Anthony dicabar MCA di DUN Chennah

KUALA KLAWANG – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berdepan calon MCA, Siow Kong Choon, dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, diiringi Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, Penasihat Kebangsaan DAP Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika menghantar borang pencalonannya di Dewan Majlis Daerah Jelebu pagi ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mewakili DUN Chennah sejak 2013 dan kini berusaha mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat berturut-turut.

Sekiranya diberikan mandat semula, ia akan menjadi penggal keenam beliau, selepas sebelum ini mewakili DUN Lobak selama dua penggal bermula 2004.

DUM Chennah merupakan sebuah kerusi campuran yang terletak di bawah Parlimen Jelebu, yang kini diwakili Umno.

Komposisi pengundinya terdiri daripada kira-kira 46 peratus Melayu, 44 peratus Cina, 5.9 peratus Orang Asli dan 2.1 peratus India.

Pada PRN 2023, Loke berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,200 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional ketika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bertanding sebagai sekutu.

Bagaimanapun, pada pilihan raya kali ini, BN bekerjasama dengan PN, manakala PH bertanding secara solo di semua 36 kerusi yang dipertandingkan.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014