JELEBU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah disifatkan sebagai antara empat kerusi di Parlimen Jelebu paling kritikal bagi Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Penyandang DUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun berdepan pertandingan satu lawan satu, PH yakin mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan rekod perkhidmatan dan pembangunan yang dibawa sepanjang dua penggal mentadbir negeri.
Sehubungan itu, beliau juga yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga Menteri Pengangkutan berharap agar sokongan pengundi di empat DUN dalam Parlimen Jelebu dapat dikekalkan oleh pengundi pada PRN kali ini.
“Kita harap mendapat mandat daripada rakyat untuk membentuk semula kerajaan negeri, dan kerusi-kerusi di Parlimen Jelebu ini amat kritikal kerana pada 2018, dua kerusi di sini iaitu Chenah dan Kelawang menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri.
“Jadi, sudah tentu kalau kita nak sekali lagi dapat membentuk kerajaan negeri secara bersendirian sudah tentu kerusi-kerusi di Parlimen Jelebu ini adalah penyumbang yang kritikal,” katanya kepada media selepas proses penamaan calon di Dewan Besar Kuala Klawang, pada Sabtu.
Menurut Anthony, kerajaan yang ditubuhkan oleh Pakatan Harapan sejak 2018 telah membuktikan bahawa kita mampu membawa kemajuan dan kestabilan kepada negeri.
Sementara itu, Anthony berkata, situasi pertandingan satu lawan satu di Chennah adalah sesuatu yang telah dijangka berdasarkan strategi pihak lawan, namun sentiasa bersedia menghadapi cabaran bagi mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas oleh BN.

“Sebagai penyandang kawasan DUN Chennah, saya bersiap sedia untuk menghadapi cabaran ini. Kita akan berkempen bersungguh-sungguh berdasarkan rekod prestasi serta apa yang telah kita lakukan di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata, PH akan menggunakan rekod perkhidmatan dan pencapaian sepanjang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018 sebagai asas untuk mendapatkan sokongan rakyat pada PRN kali ini.
Tambahnya, kerajaan negeri yang ditubuhkan PH sejak 2018 telah membuktikan keupayaan membawa kemajuan serta kestabilan kepada Negeri Sembilan.
“Sebagai penyandang DUN Chennah, kita akan berkempen bersungguh-sungguh berdasarkan kepada track record, apa kerja telah kita buat di kawasan ini dan kita harap bahawa pengundi-pengundi memberikan sokongan kepada kita terutamanya semua calon Pakatan Harapan kesemua empat DUN di Parlimen
Jerebu.
“Ini kerana kerajaan yang telahpun ditubuhkan oleh Pakatan Harapan sejak 2018 di Negeri Sembilan telah membuktikan bahawa kita mampu membawa kemajuan membawa kestabilan kepada negeri,” katanya.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Jelebu, Abdul Rahim A Aziz mengumumkan DUN Chennah menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Anthony dengan calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon.





