Fadhlina santuni remaja hidap skoliosis, tanggung kos rawatan dan pembedahan

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tampil menghulurkan bantuan dengan menyelesaikan kos rawatan dan pembedahan seorang remaja perempuan yang menghidap skoliosis, selepas kisahnya tular di media baru-baru ini.

Fadhlina berkata, beliau tersentuh melihat semangat Arissa El Zahra Reduan, 13, yang tetap berazam untuk meneruskan persekolahan walaupun berdepan masalah kesihatan.

“Berita ini tular di media kelmarin. Hati siapa tidak terkesan pilu, apatah lagi melihat wajah seorang anak yang cukup bersemangat mahu terus ke sekolah.

“Alhamdulillah, saya bersama YGTHO (Yayasan Guru Tun Hussein Onn) telah menyelesaikan kos rawatan dan pembedahan untuk anakanda Arissa.

“Semoga anakanda Arissa terus diberikan kesembuhan dan afiyah serta dipermudahkan urusan selepas pembedahan kelak,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Fadhlina pada masa sama merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang menyiarkan kisah remaja berkenaan sehingga membolehkan bantuan disalurkan dengan segera.

Sebelum ini, media melaporkan Arissa memerlukan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menampung kos pembedahan skoliosis yang dijadualkan berlangsung di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 8 September ini.

Bapanya, Reduan Saad, 41, berkata penyakit itu dikesan ketika Arissa berusia 10 tahun selepas menyedari kedua-dua bahu anaknya tidak seimbang selain tulang belakang mula membengkok. Bantuan yang disalurkan itu dijangka membolehkan Arissa menjalani pembedahan seperti yang dirancang tanpa dibebani masalah kewangan.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti