Projek Jalan Kupang-Bajau dahului jadual, capai kemajuan 48.53 peratus

SARATOK – Projek menaik taraf Jalan Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 48.53 peratus, iaitu 7.31 peratus mendahului jadual, sekali gus menunjukkan perkembangan positif ke arah penyiapan projek mengikut tempoh yang ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, perkembangan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek Jalan Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Tapak Projek pada Rabu.

Mesyuarat tersebut dihadiri wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, pihak kontraktor dan Sarawak Energy Berhad bagi membincangkan kemajuan semasa projek serta isu-isu pelaksanaan.

“Saya telah diberikan taklimat mengenai kemajuan semasa projek yang kini mencapai 48.53 peratus, iaitu 7.31 peratus mendahului jadual. Turut dibincangkan ialah penyelarasan kerja-kerja pengalihan tiang talian voltan tinggi 11kV yang menjejaskan pelaksanaan projek.

“Beberapa kaedah penyelesaian juga telah dipersetujui bagi mempercepatkan proses pengalihan tiang utiliti di kawasan yang terjejas supaya projek dapat diteruskan mengikut perancangan,” katanya.

Menurut Mohamad, projek di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu melibatkan kos terkini sebanyak RM122.5 juta dengan skop menaik taraf jalan sedia ada kepada jalan berturap sepanjang 19.9 kilometer serta pembinaan lima buah jambatan.

Menurutnya, projek tersebut telah diserah tapak pada 17 Januari 2025, manakala majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 22 Jun 2025 di Rumah Panjang Rengan Selambong sebagai simbolik permulaan pelaksanaan projek berimpak tinggi itu.

“Apabila siap kelak, projek ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk melibatkan tiga kampung di Kupang, 10 rumah panjang dan tiga buah sekolah kebangsaan.

“Selain meningkatkan jaringan jalan luar bandar, projek ini juga dijangka memendekkan masa perjalanan ke Pasar Saratok serta menyediakan laluan yang lebih selamat dan selesa kepada penduduk kampung dan pengguna jalan raya,” katanya.

Mohamad berkata, projek berkenaan boleh diakses melalui Jalan Bajau, kira-kira lapan kilometer dari Lebuhraya Pan Borneo dan 43 kilometer dari Betong.

Beliau berharap semua pihak yang terlibat terus memberikan komitmen bagi memastikan projek yang bermula pada 14 Januari 2025 itu dapat disiapkan mengikut jadual pada 4 September 2027, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk luar bandar di kawasan Kalaka dan sekitarnya.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak