Polis tahan empat wanita Nigeria tinggal di Malaysia tanpa dokumen sah

SETAPAK – Empat warga Nigeria ditahan dalam serbuan dekat sini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju memaklumkan pemeriksaan ke atas wanita warga asing itu pada Rabu adalah hasil maklumat orang awam.

Pihaknya menyatakan serbuan di Blok A Tingkat 9, KL Traders Square menyaksikan penghuni di dalam rumah enggan memberikan kerjasama untuk membuka pintu. Bagaimanapun, setelah menunggu 15 minit dan penghuni masih enggan membuka pintu, polis dengan kuasa di bawah Seksyen 16 Kanun Prosedur Jenayah memecahkan pintu rumah tersebut.

“Setelah pintu berjaya dipecahkan, pasukan serbuan telah masuk ke dalam rumah dan mendapati terdapat empat orang warganegara asing perempuan berada di dalam rumah tersebut.

“Semasa pemeriksaan, keempat-empat penama gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah. Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut tidak menjumpai sebarang barang salah,” menurut kenyataan itu lagi.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku  tiada passport dalam simpanan mereka. Mereka juga telah berada di Malaysia antara satu hingga lima tahun.

Susulan itu, IPD Wangsa Maju telah menangkap keempat-empat suspek di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak