JPN Sabah tidak kompromi salah laku cemar imej institusi pendidikan

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah tidak berkompromi dengan insiden salah laku membabitkan pergaduhan murid di Tawau yang tular di media sosial.

JPN Sabah dalam satu kenyataan berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap murid yang didapati bersalah selaras dengan peruntukan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa.

“Walaupun kejadian berlaku di luar sekolah, sebarang bentuk salah laku yang melibatkan murid dipandang serius.

“Tingkah laku sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej institusi pendidikan, malah boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid,” menurut kenyataan JPN Sabah pada Khamis.

Menurut JPN Sabah, pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti murid yang terlibat serta menjalankan siasatan dalaman.

“Insiden ini sedang dalam siasatan pihak Polis dan JPN Sabah memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan,” ujar kenyataan itu.

Pada Rabu, media melaporkan lapan pelajar lelaki berumur 13 dan 14 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan dipercayai berpunca daripada penyebaran gambar dan video seksual disunting menggunakan AI.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddun di Mahkamah Majistret Tawau untuk membolehkan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September